Dalam Markas Ada Gambar Stalin – Hadi Awang

banner-1m

RAMAI di kalangan petugas pakatan rakyat yang terkejut apabila beberapa kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertindihan di antara calon Pas dan PKR.

Hadi PR ada setan

Ini kerana sebelum ini pimpinan pakatan mendakwa hubungan di kalangan parti gabungan sungguh kuat dan berada dalam mood yang baik untuk menumbangkan Umno.

Ekoran itu, ramai yang mula bersuara dan mempertikaikan tidakan tersebut sehingga memaksa Presiden Pas, Hadi Awang tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut.

Semalam bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat Hadi menjelaskan sikap yang bercanggah dengan fahaman parti adalah antara punca berlakunya pertembungan ini.

Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pas tidak menentang calon ‘kawan-kawan’ pada pilihan raya ini sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada dicemari dengan anasir ‘syaitan’.

“Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Pendirian tersebut dikatakan apabila Pas memutuskan untuk turut bertanding di Dun Kota Damansara walaupun PKR mencalonkan penyandangnya, Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sebagai punca kepada isu ini.

Sebelum ini keengganan Mohd Nasir yang juga Presiden PSM menggunakan logo PKR pada pilihan raya kali ini turut dikatakan mengecewakan jentera Pas Kawasan Subang.

Ini ditambah dengan tindakan PSM yang seolah-olah tidak mahu menggunakan logo PKR apabila sehingga hari penamaan kelmarin, masih terdapat penyokong membawa bendera PSM malah di sesetengah lokasi di Dun bendera PSM dikibarkan lebih banyak daripada bendera PKR.

Sementara itu dalam kenyataan selepas penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berpendirian bahawa Pas boleh bertanding bagi merebut kerusi itu dan tidak akan menghalangnya.

Kerusi Dun Kota Damansara kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru selain BN, Pas dan PKR, dua calon bebas turut mencuba nasib.

Mereka ialah Halimaton Saadiah Bohan (BN), Ridzuan Ismail (Pas), Dr Mohd Nasir Hashim (PKR), Datuk Edros Abdullah (Bebas) dan A Suupiah dan Halmi Omar (Bebas).

Untuk rekod Pas pernah bertanding di Dun Kota Damansara pada pilihan raya 2004 namun calonnya Mohamad Ariff Md Yusof tewas dengan calon BN Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan.

“Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.

“Menjulang parti Lenin dan Stalin (mereka) orang Rusia, (malah) gambar Carl Marx duduk dalam markas.. Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Karl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s