Perang Maya: Barisan Nasional Kini Dilihat Lebih Bersedia

banner-1m

KAJIAN yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan, 90 peratus orang muda menggunakan media-media sosial baru untuk mendapatkan maklumat berkaitan politik tanahair.

media-sosial1

Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti tv dan hanya 15 yang menggunakan akhbar untuk mencari maklumat politik.

Jelas di sini betapa pentingnya media alternatif sebagai platform untuk meraih undi pengundi muda.

Isi kandungan media tersebut bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana parti yang bertanding.

Dalam hal ini terdapat perbezaan besar yang jelas diantara hebahan internet BN dan Pakatan di mana BN lebih banyak menyebarkan fakta dan bukannya fitnah.

Kegagalan menguasai dunia siber pada 2008 dikatakan antara faktor kekalahan teruk BN sehingga tumbang lima negeri.

Berbanding PRU12, BN kini lebih bersedia menghadapi “perang siber” PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan pembangkang.

BN kini sudah sedar pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kekuatan cybertrooper BN ini sudah mula dirasai pemimpin tertinggi Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang sangat takut sehingga menuduh agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang rakyat dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

Kerisauan Lim Kit Siang ini ada asasnya apabila melihat puluhan ribu penyokong BN terus menyerang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang.

Oleh hal yang demikian, wajarlah cybertrooper BN terus berkempen dengan dan adil serta mengelakkan dari mencerca dan memaki hamun.

Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Mereka telah menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara ini dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

Bukan mereka sahaja, pemimpin Pakatan seperti Nizar juga tidak ketingalan dalam menabur fitnah di pentas media sosial ini untuk berlaku biadap, kurang hajar dan derhaka kepada sultan.

Yang anehnya, segala pembohongan ini tetap diterima dan dipercayai secara membuta-tuli oleh penyokong-penyokong taksub mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s