Peluang Isa Samad Cerah Untuk Jawatan Naib Presiden – Dr Firdaus

header2

SHAH ALAM: Meskipun pernah tercalit dengan kontroversi kerana terlibat dalam politik wang, namun peluang untuk Tan Sri Isa Samad merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Oktober depan masih cerah, kata penganalisis politik, Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Isa Samad 2Menurut beliau, Pengerusi Felda itu juga bakal memberikan saingan sengit kepada tiga penyandang Naib Presiden parti ketika ini kerana sokongan terhadapnya masih kuat.

“Saya rasa semua ahli politik imejnya terjejas. Tapi beliau masih lagi mempunyai sokongan yang kuat.

“Saya rasa tidak ada salahnya kalau beliau nak bertanding dan kalau nak mencuba nasib. Kalau nak dikira kesilapan dan kelemahan, semua orang ada kesilapan dan kelemahan masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Pengumuman Isa baru-baru ini yang mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan Oktober depan mengundang reaksi pelbagai pihak sama ada beliau mampu membuat ‘come back’ pada kali ini.

Hal ini kerana beliau pernah digantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin parti kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang  pada pertandingan parti itu.

Namun, pengalaman serta kemampuan beliau juga tidak dapat dinafikan kerana pernah memenangi jawatan tersebut bagi penggal 2004-2007.

Mengulas lanjut, Firdaus dalam pada itu juga melihat penyertaan Isa untuk bertanding dalam jawatan tersebut sebagai persaingan yang sihat kepada tiga penyandang sedia ada.

“Dan ini pun saya rasa ia satu kebaikan kepada amalan demokrasi dalam keseluruhan parti. Dan juga ia (penyertaan Isa) menjadikan kepada tiga penyandang (naib presiden) sekarang tidak akan terlalu lena atau leka dengan kemenangan mereka yang lalu,”katanya lagi.

Sehingga ini enam orang calon sudah mengesahkan akan merebut kerusi itu termasuk tiga penyandang sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Dato Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Shafie Afdal dan Tan Sri Isa Samad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.