Dimanakah Ketelusan Pihak Berkuasa Didalam Menangani Kes Mesin Judi Haram?

Dengan bertambahnya permis perjudian haram di negara kita makin ramai lah anak-anak tempatan dan pendatang haram dilihat cenderung untuk melakukan jenayah.

image

Mungkin perkara ini telah lama disedari oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Polis Diraja Malaysia selaku organisasi yang menjaga keselamatan orang awam.

Tapi apa yang lebih malang ianya seolah-olah dipandang sepi oleh pihak berkuasa tempatan termasuklah oranisasi-organisasi seperti TNB, Syarikat Bekalan Air, Polis Di Raja Malaysia, Penguatkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Imigresen Malaysia, Ahli Majlis, NGO, Jabatan Agama Islam, SPRM dan juga ahli politik.

Apa yang lebih membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia jika situasi ini tidak di banteras dengan bersunguh-sungguh oleh pihak yang bertanggungjawab apa akan terjadi terhadap nasib anak bangsa dan rakyat Malaysia itu sendiri nanti?.

Pernahkah kita terfikir akan bencana yang akan menimpa kita suatu masa nanti jika ianya tidak dibendung daripada sekarang.

Pelbagai helah dan taktik telah digunakan oleh pemilik permis perjudian haram ini antaranya mereka akan memasang CCTV di kawasan berhampiran atau berselindung disebalik ‘Cyber Cafe’ yang kononnya dapat mengaburi pihak berkuasa tempatan dan juga pusat sukan snuker.

Namun apa yang amat dikesali ialah ada sesetengah daripada permis perjudian haram ini hanya terletak beberapa meter sahaja dengan pondok polis atau balai polis dikawasan tersebut.

Penulis pernah berpengalaman menyaksikan satu operasi yang telah dilakukan oleh pihak polis (Kajang) dalam satu operasi membanteras mesin judi haram suatu waktu dahulu di kawasan Sungai Chua, Kajang, Selangor.

Ada beberapa komputer telah dirampas oleh pihak polis terhadap permis perjudian tersebut. Selepas anggota polis terbabit beredar dari lokasi tersebut penulis memasuki pusat snuker terbabit dan apa yang lebih memeranjatkan ialah masih terdapat beberapa komputer dan mesin judi yang masih beroperasi seperti biasa.

Penulis ingin mencadangkan supaya satu operasi bersepadu secara besar-besaran dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan jika inginkan ketelusan didalam membanteras pusat perjudian (mesin) haram ini membabitkan seperti agensi-agensi dan organisasi-organisasi seperti berikut;

1. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. Syarikat Bekalan Air
5. Jabatan Imigresen Malaysia
6. Jabatan Agama Islam
7. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
8. Syarikat Telekomunikasi
9. Pengiat Media Sosial / Wartawan
10. Ahli Politik di kawasan masing-masing
11. Ahli Majlis Tempatan
12. Orang Awam

Jika disoal satu per satu rata-rata rakyat amat tidak berpuas hati dengan tahap operasi yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap kes yang membabitkan permis perjudian haram ini.

Ramai yang mempersoalankan tentang ketelusan pihak berkuasa didalam menjalankan tugas-tugas dan juga amanah yang telah diberikan oleh rakyat terhadap pihak berkuasa selama ini.

Penulis juga merasa hairan kenapa kes dan isu sebegini tidak dibateras dengan serius oleh pihak yang bertanggungjawab?. Adakah ianya mempunyai untur-unsur rasuah didalam menjalankan tugas?.

Advertisements