Mat Sabu ‘Tegur’ Pimpinan Ulama Yang Ghairah Tampilkan Imej Keislaman Untuk Menghalalkan Tindakan

SHAH ALAM, 14 Sept – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej ke Islaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.

image

Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.

Beliau yang juga dikenali Mat Sabu mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamannya laporan Malaysiakini.

Mat Sabu berkata pimpinan ulama tidak boleh selesa memikirkan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan Majlis Syura diangkat sebagai badan tertinggi parti itu.

Teguran Mat Sabu itu dijangka menjadi topik panas pada Muktamar PAS minggu depan.

Parti itu sedang bergolak dengan perbalahan di antara golongan ulama dan golongan professional yang sering dituduh sebagai penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbalahan itu terserlah dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila Majlis Syura menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilihat membelakangkan keputusan JKP parti dalam isu pencalonan nama untuk jawatan MB Selangor.

Perbalahan itu makin meruncing dan ramai pihak tidak menolak kemungkinan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Laporan berbahasa Inggeris itu memetik Mohamad Sabu sebagai berkata adalah penting untuk PAS dilihat bersama rakyat dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Mat Sabu menegaskan bahawa pemimpin PAS “harus berwaspada menggunakan Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan.”

“(Ini) kerana akan sampai masanya rakyat Malaysia akan melantik seorang “Jokowi” sebagai pemimpin mereka,” kata beliau.

Mat Sabu merujuk kepada Joko Widodo – seorang penggemar muzik rock – yang  dipilih sebagai presiden Indonesia yang baru.

Widodo atau Jokowi digemari belia dan rakyat umumnya sungguhpun parti lawan cuba mengecam beliau sebagai tidak arif dalam Islam, kata beliau.

“Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka,” kata beliau.

“Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan,” kata Mat Sabu kepada portal itu.

One thought on “Mat Sabu ‘Tegur’ Pimpinan Ulama Yang Ghairah Tampilkan Imej Keislaman Untuk Menghalalkan Tindakan

  1. Tindakan group ulama yg berlandaskan hukum islam adalah benar melainkan dpt dibuktikan ulama mereka reka hukum utk menghalalkan perbuatan- itu patut dipertikai. Pendapat saya sekiranya semua yg terlibat cukop ilmu ugama tak akan ada perbalahan !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.