Hassan Malik Menteri Pasola Isketambola Di Negara Pasir Bedengung

TINDAKAN Menteri KPDNKK Hassan Malik dengan memberi penjelasan kepada rakyat berkitan pengurangan kadar subsidi minyak bagi RON95 dan Diesel boleh lah disifatkan beliau sebagai Menteri Pasola Isketambola di negara Pasri Bedenung apabila beliau seringkali mengeluarkan kenyataan yang acapkali menimbulkan kemarahan rakyat terhadap setiap isu panas yang membabitkan keperluan rakyat.

image

Terbaru didalam artikel Online Metro dan beberapa portal Online yang bertajuk “Bersyukurlah, bukan protes” menunjukan seolah-olah beliau tidak memperdulikan dan menyelami apa isi hati rakyat yang telah memilih dan mengangkat beliau sebagai pemimpin.

Didalam entry tersebut beliau tanpa rasa bersalah kepada rakyat yang telah memilih beliau sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi:

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.” – Hassan Malik

Tersentak dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Pasola Isketambola itu penulis amat merasakan yang beliau tidak layak untuk diangkat sebagai Menteri dan Ahli Parlimen apatah lagi menjadi sebagai wakil rakyat serta pemimpin kepada rakyat.

Adakah beliau tidak sedar apa kedudukan beliau ketika ini? atau adakah beliau langsung tidak mempunyai kualiti kepimpinan untuk diangat sebagai pemimpin kepada rakyat?.

Kenyataan beliau itu juga seolah-oleh menggambarkan kepada rakyat bahawa beliau hanyalah kakitanggan ‘Despatch‘ di KPDNKK yang tidak mempunyai tanggungjawab kepada permasalahan dan juga rungutan rakyat.

Tindakan beliau dengan menjawab soalan daripada pihak watrawan berkaitan pengurangan kadar subsidi bagi RON95 dan Diesel itu menggambarkan seolah-olah beliau ingin membalas setiap kritikan yang telah dilemparkan oleh rakyat terhadap beliau.

Setiap kenaikan haraga barangan dan komoditi negara bukanlah menjadi persoalan disini kerana rakyat amat memahami akan keperluan bagi pihak kerajaan untuk berbuat demikian atas faktor serta desakan ekononi negara dan dunia pada masa kini.

Apa yang penulis dan rakyat inginkan ialah supaya beliau dapat memberi penjelasan yang lebih berunsur ilmiah kepada rakyat supaya rakyat dapat memahami kenapa pihak KPDNKK dan kerajaan perlu berbuat demikian bukan dengan cara menyalahkan rakyat terhadap setiap kritikan yang dilemparkan oleh terhadap beliau.

Advertisements