Anwar Berdepan Saman Fitnah RM50 Juta

PUTRAJAYA, 8 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan saman fitnah RM50 juta menafikan pertuduhan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

image

Ketua Pembangkang itu dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini berkata, insiden berkenaan tidak pernah berlaku dan tuduhan Saiful tidak benar.

Saiful mendakwa, Anwar pada 26 Jun 2008 meminta satu fail dihantar ke sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.

Katanya, Anwar yang merupakan majikannya pada waktu itu, menggunakan semua pengaruhnya untuk mengadakan hubungan seksual itu dengannya.

Saiful berkata Anwar melakukan salah laku seks itu kepadanya tanpa kerelaannya.

Advertisements