SYABAS Umum Gangguan Bekalan Air

PETALING JAYA, 8 Okt – Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengumumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor pada Khamis dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.

imageSYABAS dalam satu kenyataan di Facebook berkata, gangguan bekalan air itu akan melibatkan daerah Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak.

Gangguan bekalan air itu disebabkan oleh penyelenggaraan kecemasan yang dilakukan oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di loji rawatan air Sungai Semenyih.

“Pada masa sama, Syabas turut akan menjalankan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf di empat lokasi berbeza di kawasan terbabit.

“Kesemua kerja-kerja penyelenggaraan ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kawasan tertentu yang mungkin berhadapan dengan gangguan bekalan air boleh menghubungi khidmat pelanggan SYABAS di talian 1-800-88-5252, atau layari laman sosial Facebook mereka, atau laman web di http://www.syabas.com.my

Advertisements