Letupan Dibukit Bintang, Seorang Parah 14 Cedera

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

image

Saksi di tempat kejadian memberitahu ternampak satu benda jatuh dari tingkat dua atas sebuah pub dan kemudiannya meletup.

Letupan itu telah menyebabkan seorang parah dan enam lagi cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin.

 Siasatan awal polis percaya letupan terbabit disasarkan terhadap mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian berkenaan.

Setakat ini, jenis bahan letupan belum dapat dipastikan.

Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.

Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit.