Nik Aziz Sokong Pandangan Nik Abduh Bahawa PAS Dibuli Rakan Pakatan Rakyat

KOTA BHARU, 9 Okt – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong pandangan anaknya, Nik Abduh yang mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi termasuk isu berkaitan dalaman Pas dan PR.

imageMenurutnya, Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pasti mempunyai alasan tersendiri dalam setiap pandangan dan idea dikongsi.

“Setuju, tak ada apa, kalau manusia tidak pandang serong pada Islam, apa yang saya mahu, Islam ini bukan untuk orang Melayu sahaja, malah sebarkan juga pada bukan Islam,” katanya ketika mengulas beberapa pandangan Nik Abduh yang dilihat bertentangan dengan sekutu mereka, DAP dan PKR.

Nik Aziz ditemui media selepas majlis Hari Raya Aidiladha bersama sami-sami Buddha di kediamannya di Pulau Melaka di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan meminta agar penjelasan selanjutnya diperoleh daripada Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.