Bajet 2015 Dijangka Mampu Mengimbangi Faktor Ekonomi Negara – Pakar Ekonomi

SHAH ALAM, 11 Okt – Pembentangan bajet semalam dijangka bakal memberi cabaran dan impak yang baharu buat kerajaan dan negara didalam mengimbangi fator ekonomi negara pada masa hadapan dan didalam masa yang sama ia turut memastikan kemampanan fiskal negara dapat dipertehuhkan, demikian menurut pakar ekonomi Prof Madya Dr Barjoyai Bardai.

Barjoyai Bardai2

Menurut beliau lagi, dengan melaksanakan pelbagai usaha termasuk pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April 2015, kerajaan dijangka mampu mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus berbanding 3.5 peratus tahun ini.

 “Bajet kali ini menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan bagaimana untuk mengurus ekonomi bagi memastikan dari aspek fiskal.

“Dalam masa sama inilah cabaran kepada kerajaan persekutuan dalam mendisiplinkan fiskal.

“Dalam masa yang sama juga cabaran kepada bajet tahun depan memastikan di mana ekonomi negara juga seiring dengan kesejahteraan rakyat dalam situasi di mana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sekurang-kurangnya 500 kedua-duanya,” katanya.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam dalam pembentangan Bajet 2015 ada menyentuh jangkaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara tahun ini kepada 3.5 peratus.

 Dari segi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diteruskan dan ditambah nilainya kepada RM950, Skim Perumahan Belia  turut diumumkan termasuk peruntukan RM100 juta untuk 1Malaysia Youth City di seluruh negara.

 Nelayan turut diberikan imbuhan sebanyak RM200 selain berita baik kepada penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji bermula Januari depan.

 Berita baik kepada rakyat juga apabila GST tidak akan dikenakan terhadap harga minyak RN95, diesel dan elektrik selain pendidikan.

 Barjoyai berkata, walaupun banyak program membantu rakyat diteruskan dan dipertingkatkan, kerajaan disarankan pada masa sama mempertimbangkan untuk menambahkan pendapatan minimum rakyat.

 Bukan sahaja dapat meringankan beban, ini dilihat akan dapat mengurangkan jurang pendapatan golongan mewah, sederhana dan rendah khususnya.

 “Bajet 2015 agak melegakan walaupun tidak begitu menarik. Kenapa saya katakan begitu kerana ada program yang bukan baru, tidak ada kejutan baru, hanya diteruskan tetapi kebaikannya ditambah nilai dan diperbaiki.

 “Usaha kerajaan kini lebih jelas untuk ekonomi negara, namun jika dilihat berkemungkinan seharusnya kerajaan juga meningkatkan kadar pendapatan rakyat agar ia seimbang dengan kos sara hidup kelak,” jelasnya.

 Namun tambah beliau, secara holistiknya usaha kerajaan jelas tepat bahawa belanjawan kali ini adalah pro-rakyat.

Advertisements