Perlaksanaan CGT Akan Membuatkan Pelabur Lari Dan Bebankan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan tidak melaksanakan Cukai Keuntungan Modal (CGT) bagi mengelakan pelabur di Malaysia lari ke negara lain dan membebankan rakyat.

image

Katanya, ini kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai ‘one off’ berbanding CGT yang mencukai keuntungan atas modal.

Pada masa yang sama pelaksanaan CGT menyaksikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) masih dikekalkan, katanya.

“CGT ini akan menyebabkan pelabur-pelabur lari, siapa-siapa yang mengaut keuntungan daripada pasaran saham akan dikenakan cukai. Kalau pelabur lari dan pasaran saham turun segalanya akan rugi.

“Negara kita secara keseluruhan akan merosot dan kita punya bursa saham akan turun dan pelabur akan lari dari Malaysia. Ini adalah rantaian keburukan dalam sistem ekonomi negara kita,” tegasnya.

Menurut Ahmad Maslan, SST sudah cukup membebankan rakyat dan sebab itu kerajaan mengambil langkah untuk menghapuskan cukai tersebut dengan mengenakan GST.

“SST sekarang ini menyusahkan rakyat sebab itu kita nak buang. SST sekarang ini menyusahkan rakyat, kenapa pembangkang nak teruskan SST yang menyusahkan rakyat? soalnya.

Tambahnya, perkara itulah yang pembangkang tidak faham kenapa kerajaan ingin melaksanakan GST kepada rakyat.

“Yang dia tak faham ialah SST, sekarang ini semua rakyat dah kena dan lebih tinggi dari GST dan kita nak mansuhkan SST yang mahal itu kepada GST yang murah..itu dia tak faham.

“Yang dia nak meneruskan SST kenapa? Meneruskan SST yang lebih tinggi kadar cukainya…lainlah kalau dia kata nak hapuskan SST juga tapi SST dia tak nak hapuskan, nak tambah dengan CGT. SST itu sebenarnya membebankan dan manaikkan harga barang sekarang,” tambahnya.

Terdahulu PKR hari ini sekali lagi menegaskan belanjawan alternatif mereka jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan GST.

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli mendakwa ini kerana kira-kira 10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini.

Malah, menurut beliau lagi sekiranya CGT dilaksanakan hanya kira-kira 15 peratus rakyat di negara ini yang memperoleh keuntungan dari segi penjualan aset kewangan dan mampu memberi pendapatan baik tanpa mengusik rakyat majoriti.

“Adalah baik sekiranya hanya mereka yang menguasai kekayaan perlu membayar cukai ini.

“Lebih baik kita cukaikan paling ramai ikut statistik kita, 15 peratus yang kaya ini dulu sebelum kita kutip cukai dari semua orang miskin,” katanya.

Tindakan Pakatan Rakyat untuk mencadangkan CGT bagi menggantikan GST adalah satu tindakan yang akan memberikan impak negatif kepada ekonomi negara.

Advertisements