Dakwaan Zuraida Kamaruddin Terhadap PERMATA Tidak Berasas

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin melemparkan dakwaan terhadap perlaksanaan program PERMATA dengan mendakwa program tersebut telah mendiskriminasi kanak-kanak miskin dan memberi keutamaan terhadap kanak-kanak bagi golongan kaya menunjukan bahawa beliau tidak faham akan fungsi dan tujuan sebenar program tersebut diadakan.

image

Menurut ketua wanita PKR itu pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 beliau mendakwa bahawa program tersebut merupakan diskriminasi serta pendindasan terhadap kanak-kanak bagi golongan miskin.

“Bagaimana dengan nasib anak-anak yang miskin?” tanya ketua Wanita PKR itu, sambil memberi contoh kumpulan muzik kanak-kanak PERMATA.

“Kalau betul PERMATA ini untuk pendidikan kanak-kanak, bantulah anak orang miskin di Sabah,” katanya mencelah ucapan ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sedang berbahas.

OBJEKTIF PERMATA SENI

Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) yang dicetuskan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak 2006 telah berjaya menubuhkan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara atau NCDRC di UPSI pada 21 Jun 2007.

Ketika ini sebanyak 18,000 (jumlah sehingga 21 Oktober 2009) kanak-kanak di Malaysia mendapat manfaat daripada perluasan program PERMATA dengan penubuhan 478 pusat asuhan dan didikan awal sepanjang tahun lalu.

Dengan menggunakan falsafah cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi) dan cerdas sosial dan fizikal, kini program Permata telah dikembangkan kepada program Permata Seni yang terbahagi kepada Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik.

Jika program Permata Pintar dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, maka program Permata Seni pula adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang seni.

Untuk makluman bersama, Permata Seni Koir dikendalikan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) manakala Permata Seni Muzik pula dikendalikan oleh Istana Budaya yang menyaksikan kedua-duanya di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Bagi kedua-dua program tersebut, ia bertujuan untuk memperkembang dan seterusnya menyerlahkan potensi kanak-kanak yang cemerlang di dalam bidang vokal atau seni suara dan mainan alat muzik melalui program pembelajaran dan bimbingan yang sistematik dengan penekanan kepada kecemerlangan bakat.

Telah dilancarkan pada 11 Januari lalu, kini Permata Seni telah dianggotai seramai 86 kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, daripada jumlah itu, 51 terpilih menyertai Permata Seni Koir, manakala selebihnya menyertai Permata Seni Muzik.

Tambah beliau, Permata Seni Koir menyediakan landasan bagi menyerlahkan kanak-kanak Malaysia yang cemerlang bakatnya di dalam bidang seni suara atau vokal dan sekali gus menubuhkan sebuah kumpulan koir bertahap dunia.

”Kanak-kanak yang terpilih untuk menyertai program ini akan digilap pembelajaran muzik melalui bacaan dan kemahiran mendengar serta gaya nyanyian berharmoni. Sepanjang program latihan selama setahun, mereka yang terpilih akan dibimbing oleh tenaga terlatih dari dalam negara dan buat masa ini untuk Pertama Seni Koir ini dipimpin oleh Syafinaz Selamat.

Matlamat kita ialah untuk koir Permata Seni berdiri setanding dengan kumpulan koir ternama di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai program Permata Seni Koir, jelas Norliza, sebagai satu program khas yang menonjolkan kecemerlangan, sudah pasti kanak-kanak yang terpilih dinilai berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan.

Ia adalah untuk memastikan koir yang bakal dibentuk merupakan satu kumpulan koir yang mantap dan berwibawa.

”Kanak-kanak yang ingin menyertai program ini mestilah berumur antara tujuh hingga 12 tahun, mempunyai bakat dan kebolehan menyanyi yang menyerlah.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang boleh membaca note muzik, mempunyai suara yang baik dengan tone yang sesuai dan mudah dibentuk serta berkeyakinan tinggi.

Sebelum pemilihan dilakukan, kanak-kanak terbabit perlulah menjalani sesi uji bakat bagi memastikan mereka betul-betul layak serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Bukan itu saja, malah mereka yang terpilih perlu mengikut latihan dua kali seminggu sepanjang tahun,” tambah Norliza.

Dalam masa yang sama, pada cuti pertengahan dan akhir tahun, kem koir akan diadakan selama seminggu.

Dalam usaha memastikan apa yang dihasratkan itu tercapai, kanak-kanak terbabit turut akan dihantar menimba pengalaman daripada tenaga pengajar di luar negara.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada apa yang telah dikemukakan diatas, ia jelas menunjukan akan sikap sebenar Ahli Parlimen Ampang tersebut yang daif didalam setiap dakwaan yang telah dilemparkan oleh beliau terhadap PERMATA dan juga Datin Seri Rosmah Mansor disebabkan sikap malas beliau untuk membuat kajian dan semakan terlebih dahulu.

Tidak timbul soal kanak-kanak miskin didiskriminasi oleh pihak PERMATA kerana kanak-kanak yang ada pada hari ini adalah merupakan PERMATA yang cukup bermakna bagi pihak Kerajaan itu sendiri.

Advertisements