Felda Menang Kes Saman Fitnah Keatas Wan Azizah

KUALA LUMPUR 17 Okt – Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. hari ini memenangi kes samannya terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana palsu dan tidak benar.

image

Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian dan memerintahkan supaya ganti rugi yang bakal diterima Felda untuk ditaksirkan kemudian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Advertisements