Lokasi Tanah Runtuh Di Bukit Beruntung Diistihar Selamat

HULU SELANGOR, 27 Okt – Lokasi tanah runtuh dekat Apartment Teratai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diisytiharkan stabil dan pihak berkuasa telah memberikan lampu hijau kepada penduduk untuk kembali ke kediaman mereka mulai pukul 3 petang Ahad.

image

Pegawai Majlis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, tiada pergerakan tanah baharu yang direkodkan sejak cerucuk telah dipasangkan pada Sabtu.

“Kita telah membuat kesimpulan bahawa kawasan itu selamat dan mangsa-mangsa boleh mula berpindah keluar dari tempat perlindungan pada kira-kira pukul 3 petang hari ini (Ahad),” katanya kepada The Star.

Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Khamis lalu mula melakukan kerja-kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh di Apartment Teratai bagi menghentikan pergerakan tanah.

Jabatan itu berkata, ia turut menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji penyelesaian jangka panjang untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

Pasukan khas itu melibatkan pegawai-pegawai dari JKR, Jabatan Mineral dan Geosains, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta Tenaga Nasional Bhd.

Kejadian tanah runtuh pada Isnin lalu mengakibatkan pemindahan 1,163 orang dari 289 keluarga.