Penyokong Anwar Rempuh Pagar Univerisiti Malaya

PETALING JAYA, 27 Okt – Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.

image

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

Ketika rempuhan berlaku, pemimpin politik seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut berada di barisan depan kumpulan berkenaan.

Antara yang kelihatan hadir di pintu masuk utama UM itu ialah Presiden PMUM, Fahmi Zainol.

Kumpulan berkenaan kemudian ke Dataran DTC UM yang merupakan lokasi pidato bertajuk  ’40 Tahun Dari UM Ke Penjara’ akan diadakan.

Anwar yang diiringi keluarga tiba di UM pada pukul 9.45 malam.

Advertisements