Kerajaan Akan Menggunakan Maklumat Di Media Sosial Sebgai Bukti Keganasan – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Undang-undang anti-keganasan akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

image

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang yang baru itu nanti merupakan pindaan daripada Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau mungkin diwujudkan sebagai akta yang berbeza.

Beliau berkata akta yang sama di bawah Akta Pencegahan Jenayah akan membenarkan pihak berkuasa menggunakan maklumat yang diperolehi daripada media sosial untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk memerangi gangsterisme.

“Perkara yang sama juga akan dilaksanakan bagi memerangi aktiviti pengganas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar di Universiti Teknologi Malaysia di sini pada Sabtu.