Konvensyen UMNO Selangor: Najib Razak Sifatkan UMNO Selangor Lembab

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas UMNO Negeri Selangor yang disifatkan sebagaj lembab dalam aspek untuk memenangi hati rakyat dan juga pengundi di negeri berkenaan.

image

Katanya, ketika Pakatan Pembangkang di Selangor bergolak dengan pelbagai isu dan masalah, UMNO Selangor sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati rakyat dengan menambah undi.

“Saya minta maaf sebab terpaksa bercakap dalam nada begini. Tetapi saya perlu berterus terang dan jujur,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengahari tadi.

Didalam konvensyen tersebut, Najib yang dilihat telah beberapa kali mengulangi perkataan saya malu, saya perit dan saya letih dengan keadaan di Selangor meminta supaya pemimpin segera bangkit dan beliau memberi jaminan akan membantu ke tahap maksimum untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Najib turut meminta bandan perhubungan negeri tersebut supaya membuat pembaharuan dengan menambah pengundi dan ahli bagi persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 akan datang.

Advertisements