Najib Razak Akan Bentang Kertas Putih Berkaitan Pembabitan Rakyat Malaysia Sebagai Militan

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Kertas Putih untuk memaklumkan kepada rakyat berkaitan pembabitan warga Malaysia dengan militan pada sesi Sidang Dewan Rakyat ini.

image

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembentangan itu dijadualkan sebelum berakhirnya sesi Parlimen ini pada 27 November ini.

“Kandungan Kertas Putih itu juga akan mencadangkan pengukuhan akta sedia ada dengan memasukkan elemen pencegahan atau syor mewujudkan akta baru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Jihad vs Militan anjuran Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) di sini sebentar tadi.