Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar Meninggal Dunia

PUTRAJAYA, 10 Nov – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia akibat penyakit barah yang dihidapinya di Institut Kanser Negara di sini pada Isnin.

image

Allahyarham yang berusia 66 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.45 pagi.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Asmawati Ahmad mengesahkan perkara berkenaan kepada Bernama.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.

Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.

Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga September 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai.

Advertisements