RON 97 Turun 20 Sen Berkuatkuasa 19 November

PETALING JAYA, 19 Nov – Harga petrol RON97 akan turun sebanyak 20 sen kepada RM2.55 seliter mulai Rabu.

image

“Kami telah menerima pengesahan dan memaklumkan pengedar kami berhubung perubahan itu,” Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang zari Ishak, Selasa.

Perubahan terakhir harga petrol premium adalah pada September lalu, di mana ia telah meningkat sebanyak 15 sen kepada RM2.75 seliter.

Harga RON97 meningkat sehingga RM3 seliter pada September tahun lepas.

Pada Oktober tahun ini, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi.

Advertisements