Pemandu Teksi Di Denda Kerana Menampar Wanita Sehingga Cedera

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Mahkamah Majistret pada Khamis menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada pemandu teksi yang didakwa menampar dan mencubit seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan.

image

Majistret Nuraminatul Mardiah Mohd Noor turut mengarahkan Chong Kim Fah,48, dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar wang denda tersebut.

Majistret menjatuhkan hukuman kepada Chong selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada Tan Yun Ceat,26,.

Chong didakwa menampar Tan di Jalan Angkosa pada pukul 7.40 pagi pada 17 November lalu.

Tan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi selepas kejadian itu berlaku ketika memandu dari Bandar Menjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angkosa, 7.40 pagi Isnin.

Lapornya, ketika itu dua buah kereta diletakkan di tepi jalan tersebut, dan secara tiba-tiba teksi itu muncul di tempat di depannya. Pemandu teksi itu membunyikan hon apabila dia tidak mahu berundur dan berkata mahu melanggar keretanya.

Selepas itu, Chong keluar dari teksi dan terus menamparnya.

Advertisements