Kerajaan Akan Hentikan Subsidi Bagi RON95 Dan Diesel Pada 1 Disember – Hasan Malek

PUTRAJAYA, 21 Nov – Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember, kata Datuk Hasan Malek.

image

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di sini, Jumaat, berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terurus.

Perlaksanaan ini terpaksa di lakukan oleh Kerajaan kerana terdapat tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang telah memanupulasi isu subsidi bagi RON95, RON97 dan Diesel.