Polis Cari 21 Individu Bantu Kes Rempuh Pagar UM

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Polis pada Jumaat mengeluarkan gambar 21 individu yang boleh membantu siasatan kes pencerobohan di Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

image

Dilaporkan bahawa sebelum ini UM membuat laporan polis berhubung pencerobohan dan kerosakan pintu pagar semasa himpunan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah menggesa 21 individu berkenaan tampil membantu siasatan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak akan menangkap mereka sebaliknya kami hanya mahu merekodkan kenyataan mereka.

“Bantuan mereka penting bagi melengkapkan siasatan peringkat akhir. Sila maklumkan kepada mereka jika anda mengetahui siapa mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, polis berkemungkinan akan mendapatkan waran tangkap sekiranya kesemua 21 individu terbabit gagal tampil membantu pihak polis.

Advertisements