Anifah Aman Dedah Tawaran RM100 Juta Untuk Bawa Ahli Parlimen BN Sabah Lompat Parti

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa seorang kawan rapat Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.

image

Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Sentral pada Mei 2008.

“Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga musim,” katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar negara.