Dua Penjawat Awam Antara Tiga Ditahan Kerana Disyaki Terbabitan Sertai IS – KPN

PETALING JAYA, 2 Dis – Dua penjawat awam antara tiga ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

image

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan tiga rakyat tempatan itu berikutan serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas di Kuala Lumpur dan Kedah pada 27 dan 28 November lalu.

Tambahnya, kedua-dua kakitangan kerajaan itu disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat tempatan yang ingin menyertai kumpulan militan berkenaan.

“Dua suspek ini berumur antara 23 hingga 28 tahun yang berkhidmat di satu jabatan kerajaan di Kuala Lumpur.

“Manakala seorang lagi suspek berusia 36 tahun telah menyertai kumpulan militan di Syria sejak 28 Disember 2013 dan kembali ke Malaysia pada 8 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Khalid berkata, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan yang berkaitan keganasan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Advertisements