Baginda Sultan Selangor Penat Dengan Permainan Politik

PETALING JAYA, 11 Dis – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya perlu bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

image

Sultan bertitah, baginda sudah ‘penat’ dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang.

“Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat,” titah Sultan Sharafuddin dalam satu temu bual dengan The Star sempena ulang tahun baginda ke-69, Khamis.

“Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang,” titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis menteri besar di Selangor.

Sultan telah mengingatkan pemimpin negeri supaya mengelakkan keputusan atau kenyataan populis: “.  Jangan cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat”

Menyentuh mengenai suasana politik kucar-kacir yang membawa kepada pelantikan Azmin sebagai menteri besar, Sultan Sharafuddin bertitah proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan.

Kebimbangan utama baginda ialah pada bulan-bulan tertentu di mana berlaku masalah peralihan jawatan menteri besar dan telah menjejaskan fungsi kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin bertitah gangguan terhadap pentadbiran negeri itu ‘sangat, sangat mementingkan diri sendiri’.

Baginda bertitah bahawa baginda terkejut apabila pertama kali mendengar tentang Langkah Kajang, cara PKR untuk memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan  dan kemudian menjatuhkan menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Advertisements