Konsep Perkongsian Kuasa Di Perkenalkan Oleh Orang Melayu – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Orang Melayu yang memperkenalkan konsep perkongsian kuasa dengan kaum lain akhirnya akan menjadi lemah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

tun m wefie

Berikutan itu, bekas perdana menteri itu menggesa masyarakat supaya belajar daripada kesalahan lampau dan tidak mengambil mudah bagi memastikan mereka tidak kehilangan kuasa politik pada masa depan.

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan Melayu akan ketinggalan walaupun negara terus mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Walaupun kita (Melayu) merangkumi 60 peratus populasi yang sekali gus menjadikan kita majoriti, tetapi kita masih dibahagikan kepada tiga parti politik.

“Dengan itu, kita tidak dapat memperoleh majoriti kukuh dalam kerajaan kerana untuk mendapat sokongan majoriti, parti politik Melayu terpaksa merayu sokongan bukan Melayu, terutama kaum Cina.

“Hanya untuk memenangi pilihan raya, sama ada Umno, PAS atau PKR, mereka perlu merayu kepada DAP untuk mendapat undi,” katanya pada Konvensyen Kepimpinan Belia Nasional Nusantara pada Sabtu.

Katanya lagi, apabila orang Melayu menjadi peminta sedekah, tentu sekali tidak akan berkuasa.

“Peminta sedekah tidak ada kuasa politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang Melayu untuk mematuhi asas Islam bagi mengubah nasib bangsa.

Advertisements