Keputusan Harakah Paksa Staf Berhenti Adalah ‘Kejam’ – Ishak Surin

GOMBAK, 8 Jan – Cubaan memaksa tiga kakitangan akhbar rasmi PAS termasuk ketua editornya supaya meletak jawatan adalah ‘kejam’, ‘tidak beretika’ dan ‘biadab’, demikian menurut pengasas Harakah.

image

Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin mempersoalkan kemungkinan penyingkiran tiga kakitangan editorial itu mempunyai apa-apa kaitan dengan perbalahan dalaman parti tersebut.

“Ini tindakan paling mengejutkan. Semua ini berlaku ketika wujud pergaduhan dalaman dalam PAS sehingga pengedaran akhbar itu jatuh dengan ketara,” katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan editor rencana, Roslan Hamid disuruh meletakkan jawatan pada Disember lalu manakala seorang lagi editor, Datuk Tarmizi Md Jam diminta berundur pada Oktober.

Dipercayai keputusan mengarahkan mereka melatak jawatan berpunca daripada artikel yang mengkritik kepimpinan parti khusunya golongan ulama.

Menurut Ishak, keputusan mengarahkan Ahmad Lutfi meletak jawatan ketika sedang bercuti sakit adalah kejam.

“Mereka bekerja keras dengan penuh dedikasi dan kesetiaan,” katanya sambil menambah bahawa PAS tidak mematuhi prinsip-prinsip Islam dalam tindakannya.

Advertisements