Keluarga Dan Institusi Pendidikan Perkauman Di Malaysia

Hyman (1959), Almond dan Verba (1963), Dawson dan Prewitt (1969), Dowse dan Hughes (1972), Dennis (1973) dan Kavanagh (1987) meletakkan agen keluarga dan sekolah adalahyang paling dominan dalam proses sosialisasi politik.

image

Almond dan Verba (1984) amat menekankan peri pentingnya peranan keluarga pada zaman kanak-kanak sebagai pembentukan sikap politik dan tingkah laku politik yang paling utama sebelum seseorang itu meningkat dewasa.

Semua perkara yang dilalui ini akan diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi (Langton 1969). Neena Sharma (1985) turut menyokong kenyataan ini.

Pengaruh keluarga amat dominan dalam sosialisasi politik, dengan tidak menafikan pengaruhagen-agen lain seperti sekolah, media massa, rakan sebaya, parti politik dan sebagainya turut menyumbang kepada proses ini.

Sebelum Neena Sharma, pemikir lain seperti Wilson, Plato, Confucius, Bodin, Filmer, dan Locke bersependapat pengalaman yang dilalui zaman kanak-kanak adalah terjemahan kepada perlakuan dan pemikiran apabila menjadi dewasa (Wilson1974).

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

image

Tidak ada anak yang dilahirkan, kecuali dilahirkan ataskesucian. Dua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi sebagaimana binatang itu dilahirkan denganlengkap……” (Shahih Bukhari: 1271)

Maka, kita dapat simpulkan bahawa majoriti sarjana politik mencapai kata sepakat bahawa agen keluarga adalah unit asas dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik.

Hyman (1959) amat menekan agen keluarga sebagai faktor yang dominan membentuk orientasi politik dan partisipasi politik dalam proses sosialisasi.

A major class of studies which provide evidence on agents of socialization of the individual into politics involve the determinationof intra-family correlations in attitude or behavior.

When childrenand their parents are measured independently and agreements in political views are established, it supports the inference that the family transmits politics to the children” (Hyman 1959).

Menurut Hyman lagi, dengan mendengar perbualan ibu bapa ketika bersarapan, anak-anak mula membentuk corak pemikiran mereka.

Pengaruh keluarga memainkan peranan dalam membentuk hubungan mereka dengan jiran, orang lain, undang-undang tempatan dan masyarakat amnya.

Langton (1969), mengatakan bahawa keluarga adalah kumpulan sosial yang pertama dalam mempengaruhi kehidupan seseorang kanak-kanak.

Ibu bapa dan saudara mara adalah antara terdekat yang mendidik dan berinteraksi dengan mereka dalam proses sosialisasi ini.

Faktor ini turut dipersetujui oleh Jennings, Niemi, Chaffee, McLeod dan Wackman (Dennis 1973).

Sarjana tempatan, Samsudin A. Rahim (2007) turut bersependapat bahawa sosialisasi politik ialah bagaimana kita menerima norma dan nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan kita.

Adakalanya sosialisasi politik dipengaruhi oleh ibu bapa dan ahli keluarga kita dalam bentuk menerima atau menolak sesuatu parti politik. Neena Sharma (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi.

Tema yang sama turut dibahaskan oleh Almond dan Verba (1963). Pendidikan formal akan membezakan antara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Langton (1969) menyokong hujah ini dengan mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan kepercayaan politik secara formal melalui perancangan secara sedar dan secara tidak formal melalui pengalaman.

Bagi pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang politik dan sosial, sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang sama sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun sistem sekularisme yang diamalkan di sekolah-sekolah pada masa kini adalah beracuankan Barat yang memisahkan agama dari banyak bidang kehidupan.

Sejarah membuktikan bahawa penempatan keluarga Cina telah berlaku sejak mula mereka berhijrah ke Tanah Melayu, sehinggalah berlakunya penjajahan Inggeris, dan berlangsung hingga ke hari ini.

Majoriti keluarga Cina tinggal di bandar, sementara orang Melayu di luar  bandar (Comber 2007). Keadaan ini terbawa-bawa hingga masa kini.

Kalau ada pun orang Melayu di bandar, mereka lebih selesa tinggal di kawasan perumahan yang majoriti dihuni rakan sebangsanya atau kampung-kampung baru (kampung Melayu).

Begitu juga dengan orang Cina yang juga cenderung tinggal di taman perumahan yang majoriti dihuni rakan sebangsanya atau kampung baru Cina seperti yang dijelaskan oleh Strauch (1981).

Permerhatian yang dibuat di sebuah taman perumahan di Taman PKNK, Alor Setar, Kedah pada tahun 1990 mendapati bahawa kaum Melayu dan Cina diasingkan secara sistematik dimana mereka diletakkan bertentangan jalan antara satu sama lain dan tidak berjiran secara bersebelahan langsung.

Kewujudan kampung-kampung baru telah telah menimbulkan persepsi buruk antara kaum Cina dan Melayu. Apatah lagi, kampung baru Cina lebih maju daripada kampung Melayu (Comber 2007).

Akibatnya, interaksi mereka hanya terbatas di kalangan keluarga dan rakan taulan sebangsa sahaja.

Justeru, pemikiran mereka hanya berligar dan dipengaruhi oleh ruanglingkup persekitaran berbau perkauman.

Menurut Azita Aminuddin (1996), penglibatan ibubapa (keluarga) dalam politik mempengaruhi persepsi anak-anak melalui proses sosialisasi politik.

Ini kerana, peranan keluarga dan seterusnya pendidikan yang diperolehi amat berkaitrapat.

Dalam konteks Malaysia, sekolah perkauman Cina (SJKC) menjadi pilihan keluarga Cina sejak dari awal.

Sejarah keluarga dan perkembangan sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula sejak penghijrahan masuk orang Cina pada awal abad ke-19.

Imigran Cina bukan sahaja membawa bersama-sama adat, kepercayaan, agama dan kebudayaan keluarga, tetapi juga sistem pendidikan mereka ke Tanah Melayu.

In the middle of the 1880s the Chinese in Malaysia began running local schools for their children. School program mirrored educationin China.

In 1911, after the fall of the last imperial dynasty, the Qing, the school curriculum reflected a growing sense of Chinese Nationalism.

Emphasis was placed on creating military spirit; drilling, uniform, and patriotic songs were incorporated into the school day” (Freeman 2000).

Perkara yang sama turut dibincangkan oleh Quek Weng Kim (2000), Purcell (1997), dan Comber (2007).

Menurut Zainal Mohd Jais (1996), pendidikan berorientasikan negeri China ini langsung tidak membantu melahirkan generasi baru di Tanah Melayu.
Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan dan memberikan penghormatan tinggi kepada pendidikan.

Mereka telah mendirikan sekolah Cina melalui usaha orang perseorangan dan persatuan bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka.

Hal ini dibuktikan dengan pembinaan sekolah Cina di mana sahaja terdapat penempatan orang Cina (Sia Keng Yek 2005).

Hanya pada tahun 1920, penjajah British mula mengawal bahan pendidikan ini melalui Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina dengan mendaftarkan semua tenaga pengajar dan memantau segala aktiviti sekolah Cina.

British bimbang akan pengaruh ideologi komunis jika sekolah ini dibiarkan bebas begitu sahaja. Reaksi ini mendapat tentangan hebat daripada orang Cina.

Namun demikian, sistem pendidikan Cina mula terbantut di bawah penjajahan Jepun, dan bergiat aktif semula apabila Jepun mengundurkan diri.

Apabila British kembali menjajah selepas Perang Dunia Kedua, orang Cina terus menyuarakan ketidak puasan hati mereka dan menentang dasar-dasar mengenai pendidikan kebangsaan yang mahukan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah yang diperkenalkan pada Mei 1950.

Secara umum boleh dikatakan bahawa, orang Cina tidak menunjukkan sebarang minat terhadap sistem pendidikan lain, kecuali pendidikan Cina.

Walaupun sistem pendidikan lain (pendidikan teras Melayu) menawarkan khidmat secara percuma atau dengan kos yang rendah, mereka tetap menyatakan tidak.

Menurut Purcell (1997), yang penting bagi mereka ialah sistem pendidikan melalui bahasa pengantar sendiri.

Sentimen ini telah ditanam oleh semangat nasionalisme yang dirangsangkan melalui gerakan revolusi.

Ekoran itu, British memperkenalkan pula Laporan Barnes (1950) mengenai pendidikan Melayu dan Laporan Fenn-Wu (1951)3, mengenai pendidikan Cina.

Laporan Barnes mencadangkan agar sistem pendidikan harus berteraskan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditentang hebat oleh orang Cina (Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng 2000).

Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Kuala Lumpur menggesa Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina negeri-negeri lain menyokong tindakan mereka dengan mengemukakan “Memorandum Pendidikan Persekutuan Malaya”.

Sokongan ini membawa kepada penubuhan Jiao Zong
atau Persekutuan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina pada 25 Disember 1951.

Mereka mahukan supaya bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan Melayu diberikan layanan yang sama dan disenaraikan sebagai bahasa rasmi.

Pendidikan Cina hendaklah dijadikan sebagai salah satu aliran pendidikan negara. Walaupun British telah memperkenalkan Laporan Fenn-Wu4, bagi menenangkan orang Cina, pada masa sama Laporan Barnes terus dikuatkuasakan.

Keadaan ini menimbulkan perasaan kurang senang orang Cina. Apatah lagi dengan wujudnya Akta Pendidikan 1954 yang mahukan pelajar-pelajar yang cukup usia dihantar ke sekolah kebangsaan.

Cadangan terus ditentang oleh orang Cina sehingga tertubuhnya lagi persatuan yang dikenali sebagai Dong Zong atau Persekutuan Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina pada 22 Ogos 1954 (Quek Weng Kim 2000).

Setelah kerajaan Perikatan mengambil alih pemerintah British, pada tahun1955, satu laporan pendidikan baru, Laporan Razak diumumkan pada 1956.

Laporan ini mencadangkan dalam tempoh 10 tahun, dua jenis sekolah rendah akan diwujudkan yakni sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1960, kerajaan telah mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib yang akhirnya dikenali sebagai Laporan Rahman Talib (Asnarulkhadi & Jayum A. Jawan 2001; Haris Md Jadi 1990; OongHak Ching 2000).

Laporan ini diluluskan pada Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 pada Oktober 1961.

Antara perkara penting dalam laporan ini ialah pertama, Sekolah Kebangsaan yang diumumkan terdiri daripada pelajar Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kedua, Sekolah Jenis Kebangsaan yang umumnya terdiri daripada pelajar Cina dan India, menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala bahasa Cina dan bahasa Tamil dijadikan salah satu mata pelajaran sekolah.

Orang Cina telah bertindak balas dengan keras terhadap dasar ini. Mereka menuntut agar bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi setanding bahasa Melayu dan Inggeris.

Ternyata isu bahasa dan pendidikan amat sensitif dan menyinggung perasaan orang Cina.

Orang Cina menganggap dasar ini adalah sebagai percubaan untuk menafikan hak anak-anak mereka terhadap bahasa dan kebudayaan mereka di samping bertujuan mengasimilasikan dengan bangsa Melayu (Comber 2007).

Pendek kata, akta demi akta berkaitan bahasa dan pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada ketika itu terus tidak disenangi oleh kaum Cina.

Apatah lagi bermula 1962, kerajaan telah umumkan subsidi penuh hanya diberikan kepada dua jenis sekolah.

Sekolah Cina diberikan dua jenis pilihan, sama ada menerima penukaran sistem menjadi sekolah kebangsaan yang diberikan subsidi penuh atau berdikari dan hanya perlu mematuhi peraturan kerajaan.

Pada Januari 1962, sebanyak 54 Sekolah Menengah Cina setuju, jumlah selebihnya 16 buah enggan, menjadi sekolah persendirian. Perkembangan seterusnya membawa kepada kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Ada sarjana yang menganggap bahawa sikap menentang ini berlaku disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan lebih berpihak kepada orang Melayu dan tidak kepada kaum lain seperti yang dinukilkan oleh Ratnam (2002).

“The government’s educational policy, which is biased towards expanding opportunities for educational advancement of Malays, has created a certain degree of frustration and disillusionment among non-Malays.

The availability, or lack thereof, of educational opportunity could well be a critical factor shaping the political attitudes of a younger generation”
(Ratnam 2002).

Hujah Ratnam (2002) ini ada kebenarannya kerana orang Cina amat takut dengan sesuatu dasar yang boleh menggugat kepentingan mereka.

Pertubuhan Cina tidak pernah bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan ini kerana ditakuti akan menyebabkan bahasa dan budaya ibunda mereka terhapus.

Mereka mahukan juga bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi sebagaimana bahasa Melayu dan Inggeris.

Dengan sebab itu, sekitar tahun 1960-an, mereka melancarkan kempen untuk menubuhkan Universiti Merdeka, menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Selain Huatuan, ketiga-tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP menyokong penuh idea ini. Namun, ia mendapat tentangan hebat daripada UMNO.

Tidak puas hati dengan keputusan kerajaan menolak penubuhan Universiti Merdeka, mereka mencabar dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi. Sekitar tahun 1980-an, mahkamah membuat keputusan menolak permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, DAP mengekspoitasi isu Universiti Merdeka dengan mengatakan kerajaan BN cuba mewujudkan satu budaya (budaya Melayu), satu bahasa (bahasa Melayu) dan satu agama (agama Islam) (James Chin 2001).

Isu pendidikan Cina ini tidak hanya berlaku di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Sia Keng Yek (2005) membuat kajian yang mendalam mengenai sistem pendidikan Cina di Malaysia banyak membincangkan bagaimana orang Cina akan bermati-matian mempertahankan sistem pendidikan mereka yang sedia ada walau apa jua terjadi sekalipun.

Sebarang usaha untuk mengubah sistem pendidikan akan ditentang habis-habisan oleh parti- parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Cina Dong Jiao Zong dan Pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali secara kolektif sebagai Huatuan.

Sikap orang Cina semakin terserlah dalam isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di semua semua sekolah yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2002.

Walaupun kelihatan berlaku pertikaman lidah antara parti-parti Cina, MCA dan Gerakan (parti kerajaan) dengan DAP (pembangkang), tetapi suara mereka tetap senada.

Mereka tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan dasar ini melibatkan sekolah Cina. Bagi mereka, mata pelajaran tersebut mesti diajar dalam bahasa ibunda.

Lebih-lebih lagi DAP, tidak habis-habis membangkitkan isu dan menentang sebarang cubaan mengganggu kurikulum sekolah Cina.

Ucapan Lim Guan Eng (2005), Setiausaha Agong DAP, pada 12 November 2005 dapat memberikan gambaran tersebut:

“DAP will stand firm in opposing the 2-4-3 formula and restore theteaching of Maths and Science in mother-tongue language eventhough MCA has abandoned the Chinese community and Koh Tsu Koon is forced to eat back his words”.

Walaupun beliau turut menyindir parti Gerakan, tetapi hakikat sebenarnya, Gerakan masih berjuang seperti DAP, menentang sebarang campur tangan kerajaan berkaitan pendidikan sekolah Cina.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat tidak senang dengan kenyataan tersebut. Keadaan sudah buruk dengan mereka tidak pergi ke sekolah yang sama.

Orang Cina diajar dalam bahasa Cina, sementara yang India menggunakan bahasa Tamil, mereka tidak akan bercakap di antara satu sama lain langsung, dan mereka tidak memerlukan antara satu sama lain.

Setiap kali kerajaan berusaha untuk merapatkan hubungan, ada sahaja yang menghalang supaya kita terus jauh di antara satu sama lain (Mingguan Malaysia 2005).

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin turut memberikan komen yang hampir serupa.

Jelasnya, masyarakat Cina mesti meletakkan kepentingan kebangsaan di tempat yang teratas bukannya kepentingan etnik.

Ini bukan bermakna, setiap etnik akan melupakan asal usul mereka, akan tetapi kepentingan nasional hendaklah mendahului yang lain.

Sama seperti di Amerika, pelbagai etnik hidup dalam negara tersebut, tetapi mereka bangga dengan mereka sebagai rakyat Amerika (Mingguan Malaysia 2005).

Dalam menentang dasar ini, Dong Jiao Zong, yang diketuai Yap Sin Tian, telah menganjurkan satu perhimpunan yang dihadiri oleh 3,500 perwakilan daripada 600 pertubuhan (majoriti Huatuan) mengenai bantahan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 10 Disember 2005 (Siasah 2006).

Menurut beliau, perhimpunan tersebut bukan bersifat perkauman. Setiap kaum ada bahasa ibunda. Maka, penentangan ini lahir dari semua kaum, bukan Cina sahaja.

Pada pandangan pengkaji, bukan soal kaum lain (termasuk orang Melayu) menentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek sains dan matematik, tetapi isu yang lebih besar ialah penolakan mereka terhadap sebarang usaha untuk mengikis jati diri dan identiti sekolah Cina.

Inilah peranan mereka sejak dahululagi dan sampai sekarang, perjuangan mereka tidak pernah berubah.

“Chinese education and language have been important communalissues to the Chinese in Malaysia just like Islam in the major issueto the Malays” (Suryadinata 1989).

Menurut Tan Liok Ee (1989), isu pendidikan Cina merupakan isu yang amat sensitif dalam politik Malaysia kerana masyarakat Cina amat mementingkan identiti mereka.

Inilah juga perjuangan Dong Jiao Zong sejak dahulu lagi sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Bagi mereka, sekolah Cina mesti dipertahankan bagi pembentukan jati diri orang Cina (Utusan Malaysia 2005).

Pendidikan Cina adalah perjuangan antara hidup dan mati orang Cina. Mengulas lebih lanjut, akhbar Cina, Shin Chew Daily memuji usaha-usaha yang dilakukan oleh persatuan-persatuan Cina ini.

Ketabahan mereka, yang mana telah berjaya menempuh zaman penjajahan British dan kekejaman tentera Jepun, telah membawa kepada kewujudan 1,288 buah SJKC, 60 buah Sekolah Menengah Cina, serta tiga IPTS Cina di negara ini.

Hari ini di kira-kira hampir satu per sepuluh daripada pelajar-pelajar SJKC merupakan pelajar bukan Cina.

Jika tidak kerana SJKC di seluruh Malaysia telah penuh sesak, lebih ramai ibu bapa bukan Cina dijangka akan memasukkan anak mereka di sana (Malaysia Today 2005).

Dalam kajian yang dibuat oleh Yew Yeok Kim (1973, 1982) dan Suryadinata (1989) mengenai pendidikan masyarakat Cina, beberapa penemuan mengenai sikap dan tingkah laku orang Cina (pelajar) diperolehi.

Terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris.

Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti kecinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses integrasi nasional.

Manakala pelajar yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak kepada institusi keluarga dan pendidikan.

Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

“Politics has mainly been articulated in communal terms. Most  political parties have organized along ethnic lines, and have sought to maximize political power and economic benefits for a particular ethnic group, and promote group interests in areas such as language, education and culture.

Conflicting demands have been mediated by leaders of the multi-ethnic governing coalition.….. Malay-Chinese rivalry has been the main centre of conflict, but  Malay relations with indigenous groups in Sabah and Sarawak have also been difficult” (Funston 2001).

Kesannya, sekolah Cina kekal dengan identiti kecinaannya. Integrasi nasional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses sosialisasi.

Ini kerana, bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang kaum kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan-kumpulan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial (Haris Md Jadi 1990).

Walaupun hujah beliau ini tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam mengukur keberkesanan integrasi nasional, namun sedikit sebanyak sistem yang wujud telah menyebabkan jurang interaksi kaum menjadi longgar.

Pendapat hampir serupa diutarakan oleh Ramon Navaratnam, beliau tidak bersetuju dengan kewujudan sekolah berasaskan bangsa seperti sekolah Cina dan sekolah Tamil kerana ia membantutkan perpaduan kaum.

Kerajaan sepatutnya mewujudkan satu sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan dan penampilannya hendaklah menarik orang Cina dan India.

Beliau mengakui, sekolah kebangsaan mempunyai banyak kelebihan. Selain dari mempunyai pelbagai kemudahan, bangunan yang cantik dan guru-guru mencukupi, ia juga boleh meningkatkan taraf pendidikan negara (Siti Mariam 2006).

Sejarah membuktikan bahawa adalah suatu yang amat memeritkan bagi kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Penentangan demi penentangan dibuat oleh orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu mahukan juga bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi juga.

Menurut Kayveas, dalam membentuk bangsa Malaysia melalui sistem pendidikan dan bahasa pengantar yang sama, pemimpin BN mestilah berani dalam membuat keputusan berkaitan dengannya.

Beliau percaya 90 peratus rakyat akan patuh dan mengikutinya. Untuk membentuk bangsa Malaysia, tidak perlu banyak aliran dalam pendidikan.

Satu masa dulu kita ada satu sistem aliran. Satu sistem yang baik. Satu kesalahan besar yang kita buat, ialah tukar sistem, tukar bahasa pengantar di sekolah.

Inilah kesilapan besar yang telah berlaku. Beliau memberi contoh negara India. Tidak ada sekolah Tamil. Semua sekolah menggunakan Bahasa Inggeris. Tetapi bahasa Tamil dibenarkan untuk dipelajari.

Hasilnya, India telah muncul sebagai negara dunia ketiga hebat, walaupun ia negara yang paling miskin.

Beliau mencadangkan agar mencontohi negara Singapura. Mulai tahun 1978, mereka tukar aliran menjadi satu sahaja.

Ketika itu ada yang menyatakan bahawa tindakan itu menyebabkan dia (pemimpin) kalah pilihan raya tetapi keadaan berlaku sebaliknya (Siasah 2006).

Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.

Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan.

Para pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus (Mansor Mohd Nor et al. 2006).

Dalam konteks institusi pengajian tinggi di Malaysia, terdapat 20 Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Ini tidak termasuk IPTS lain yang tidak disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, yang dikategorikan sebagai lain-lain IPTS yang diluluskan (Kementerian Pengajian Tinggi 2006).

Daripada senarai IPTS ini, kerajaan telah meluluskan penubuhan universiti berasaskan kaum atau parti politik, yakni Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepunyaan Parti politik Cina (MCA) pada tahun 2002 (Kementerian Pengajian Tinggi 2006, 2007).

Ini tidak termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman kepunyaan parti MCA yang tidak disenaraikan. Dalam beberapa siri lawatan pengkaji ke sana, boleh dikatakan hampir seratus peratus pelajar UTAR adalah terdiri daripada kaum Cina.

Senarai IPTS Kementerian Pengajian Tinggi, tidak termasuk Universiti Terbuka Wawasan (IPTS) yang memulakan pengajian dan pengambilan pelajarnya pada awal tahun 2007.

Satu lagi IPTS kepunyaan sebuah parti politik Cina (Gerakan). Ia telah diluluskan pendaftarannya pada 6 Jun 2006.

Setakat tahun 2010, dua universiti berasaskan kaum, kepunyaan parti politik Cina, telah diluluskan pendaftaran dan telah beroperasi.

Sebuah universiti kepunyaan MIC turut diluluskan (AIMST = Asian Institute of Medical Science and Technology).

Ini tidak termasuk kolej-kolej swasta yang dipunyai oleh NGO-NGO Cina (Huatuan) seperti Dong Jiao Zong
dengan Kolej New Era, Kajang, Selangor.

Kolej ini menggunakan hampir seratus-peratus bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Tindakan kerajaan meluluskan penubuhan IPTS kepunyaan dua parti parti politik Cina ini merumitkan lagi usaha integrasi nasional dalam masyarakat majmuk.

Institusi Pengajian Tinggi berasaskan kaum tidak akan mendatangkan kesan positif terhadap hubungan kaum seperti yang telah berlaku di peringkat sekolah, SJKC.

Malah akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif hasil daripada proses sosialisasi yang di lalui.

Kita sedia maklum, proses sosialisasi politik keluarga dan pendidikan Cina tidak mengubah pendirian mereka daripada mempertahankan semangat kecinaan mereka.

Dalam kajian yang dibuat oleh laman sesawang Malaysia-today sempena sambutan kemerdekaan ke 48, menyebut dengan jelas bagaimana sistem pendidikan gagal menjadi alat penyatuan kaum.

Ditambah pula dengan sistem pendidikan sekular yang masih dipraktikkan sekarang akan mengurangkan jati diri para pelajar.

Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa peranan agen keluarga dan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi (Langton 1969).

Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan kerana ia amat berkait rapat dengan keluarga, disebabkan keluarga yang menentukan proses persekolahan anak-anak mereka.