Militan IS ‘Sembelih’ Kenji Goto

TOKYO, 1 Feb – Kumpulan militan Negara Islam (IS) menyebarkan rakaman video terbaharu yang menyaksikan wartawan, Kenji Goto melutut di sisi seorang lelaki bertopeng yang membayangkan akan berlaku ‘penyembelihan’ terhadap warga Jepun itu.

image

Bercakap dengan loghat British, anggota IS itu turut menyalahkan keajaan Jepun hingga membawa kepada pembunuhan tawanan kedua warga negara itu.

Dakwaan IS itu dimuat naik ke internet tetapi tidak menyentuh mengenai juruterbang Jordan yang turut ditahan IS dan diancam dibunuh.

Lelaki berpakaian serba hitam itu kelihatan sama dengan militan IS yang terbabit dalam video serupa sebelum ini.

Goto pula berpakaian serba jingga serupa dengan apa yang dipakai tahanan di Guantanamo Bay dan rakaman video pelaksanaan hukuman sebelum ini.

Militan IS berkenaan menyatakan kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bahawa pembunuhan Goto adalah permulaan kepada “satu mimpi ngeri buat Jepun”.

Rakaman video itu berakhir dengan imej mayat berpakaian jingga dengan kepala yang dipenggal diletakkan di atasnya.

Advertisements