STAFOC Dan JSJ Selangor Berjaya Tahan Ketua Kumpulan Penculik Kanak-Kanak

PETALING JAYA, 1 Feb – Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berjaya menahan ketua kumpulan penculik kanak-kanak berusia lima tahun di Subang Permai, Selangor pada Sabtu.

image

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan perkara itu menerusi Twitternya @kbab51, mengucapkan syabas kepada polis susulan kejadian tersebut.

“Mangsa ditemui dikurung di Port Dickson. Alhamdulillah, mangsa selamat,” katanya.

Lima suspek turut ditahan berhubung kes penculikan tersebut.

Ketika dihubungi bapa saudara kepada mangsa culik itu yang enggan dikenali berkata keluarga mereka akhirnya dapat menarik nafas lega.

“Kami dimaklumkan oleh polis pada tengah malam dan pada masa ini, mangsa sedang menjalani penilaian perubatan dan rawatan di hospital,” katanya.