Suspek Culik Budak Lelaki 5 Tahun Mungkin Rakan Perniagaan

PETALING JAYA, 3 Jan – Enam individu, termasuk seorang remaja, dipercayai dalang penculikan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, mungkin merupakan rakan perniagaan,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat.

image

Kamarul Zaman berkata, walaupun suspek boleh menjadi rakan perniagaan, polis tidak menolak kemungkinan bahawa mereka merupakan orang yang tidak dikenali yang bersama-sama untuk melakukan jenayah itu.

Kanak-kanak itu diculik oleh dua lelaki dari bilik tidurnya di kediaman keluarganya di Taman Maznah, Klang pada kira-kira pukul 2 pagi, 22 Januari lalu.

Dia kemudiannya diselamatkan sembilan hari selepas itu dari sebuah apartment di Port Dickson oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Enam suspek, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, ditahan di Port Dickson dan Subang Permai, Subang Jaya.

Kamarul Zaman berkata, polis menahan suspek-suspek yang menjadi dalang penculikan itu.

“Kes ini dianggap ditutup dan kami sedang menunggu pihak hospital bagi mengeluarkan laporan perubatan.

“Kita perlu laporan untuk menentukan jenis dadah yang diberikan kepada kanak-kanak itu,” tambahnya.

Kamarul Zaman turut mengesahkan laporan yang mendakwa penculik telah merancang untuk membunuh kanak-kanak itu dan menghapuskan mayatnya.

“Tiada senjata yang ditemui di rumah itu tetapi berdasarkan maklumat yang kami kumpulkan, suspek-suspek merancang untuk membunuh budak ini kerana ibu bapanya tidak dapat membayar sejumlah wang tebusan yang dituntut mereka.

“Kumpulan penjenayah itu sudah tentu akan membunuh kanak-kanak terbabit sekiranya polis lambat bertindak untuk menghalang mereka,” katanya.

Dalang penculikan itu telah mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapa kanak-kanak itu yang seorang ahli perniagaan, dengan menuntut wang tebusan dalam tiga mata wang yang berbeza – AS$100,000 (RM363,155), A$100,000 (RM282,135) dan RM200,000.

ACP Kamarul Zaman berkata, polis masih menyiasat mengapa wang tebusan yang dituntut dalam tiga mata wang yang berbeza.

Advertisements