Pesawat TransAsia Airways Terhempas Ke Dalam Sungai

TAIPEI, 4 Feb – Sebuah pesawat ATR-72 milik TransAsia Airways terhempas ke dalam Sungai Keelung pagi ini selepas terlanggar jambatan bertingkat.

image

Perkara itu disahkan jurucakap Bandar Taipei, Sidney Lin.

Pesawat itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Songshan menuju ke Lapangan Terbang Kinmen.

Beberapa stesen televisyen tempatan melaporkan terdapat 53 orang penumpang di dalam pesawat dan kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan jabatan bomba.

Laporan itu juga menyebut lebih daripada 10 orang diselamatkan dan dihantar untuk menerima rawatan di hospital berhampiran. – Agensi