Anwar Bersalah Liwat Saiful, Penjara Lima Tahun Kekal

PUTRAJAYA, 10 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

image

Keputusan rayuan Anwar itu diumumkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, yang mendengar rayuan Anwar pada November tahun lepas.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan Anwar lucut kelayakkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisements