Kedutaan AS, Australia Keluarkan Kenyataan Berhubung Keputusan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim

PETALING JAYA, 11 Feb – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan berhubung penolakan rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan kes liwat keduanya.

image

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman web, kedutaan itu  ‘kesal dan bimbang’ dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Pihak berkenaan juga menyampaikan kepada pegawai Malaysia bahawa ‘keadilan, ketelusan dan tindakan berasaskan undang-undang adalah penting untuk mewujudkan keyakinan kepada sistem perundangan dan demokrasi di Malaysia”.

Selain itu, Kementerian Luar Australia turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama menerusi laman webnya dengan menyatakan pandangannya terhadap kerajaan Malaysia.

“Sebagai rakan kepada Malaysia, Australia menggalakkan kerajaan Malaysia supaya mempertimbangkan kesan daripada keputusan ini serta kedudukannya di peringkat antarabangsa serta komitmennya terhadap hak asasi manusia.