Pemilik Akaun Twitter @zunarkartunis Ditahan Polis

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Polis menahan pemilik akaun Twitter ‘Zoonar Cartoonist’ di @zunarkartunis kerana dipercayai memuat naik kenyataan berbaur hasutan terhadap hakim dalam keputusan kes rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

image

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 52 tahun itu, ditahan di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Suspek ditahan di lokap Dang Wangi untuk permohonan reman esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ).

PicsArt_1423586974931

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, katanya.

Suspek dipercayai memuat naik kenyataan itu di akaun miliknya kira-kira jam 12.17 tengah hari tadi dan mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan pasukan polis menyiasat perkara itu.

Advertisements