Ringgit Malaysia Terus Catat Kerugian Berbanding Dolar Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ringgit terus mencatatkan kerugian untuk ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kegiatan pengambilan untung yang berterusan, kata peniaga.

image

Pada jam 5 petang, unit tempatan itu disebut harga 3.5780/5810 berbanding dolar AS daripada 3.5415/5445 pada Isnin.

Di peringkat rantau, seorang peniaga berkata yen mengukuh akibat kebimbangan yang timbul semula berhubung krisis ekonomi Zon Eropah susulan pertelagahan antara Greece dan rakan kongsi anggota Kesatuan Eropah yang menyebabkan ramai pelabur resah.

Unit tempatan ditutup bercampur-campur berbanding mata wang lain.

Berbanding dolar Singapura, ringgit turun kepada 2.6425/6469 daripada 2.6317/6343 sebelum ini, namun mengukuh berbanding yen kepada 3.0143/0171 daripada 3.0194/0225 semalam.

Unit tempatan juga ditutup rendah berbanding pound 5.4507/4567 daripada 5.4249/4302 semalam, manakala berbanding euro pula ia menokok kepada 4.0478/0523 daripada 4.0561/060 pada Isnin. – BERNAMA