Zahrah Abd Wahab Fenner CEO Baharu SSM

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melantik Zahrah Abd Wahab Fenner sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuatkuasa Jumaat.

image

Zahrah merupakan CEO yang kelima sejak penubuhan suruhanjaya itu.

SSM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Zahrah yang berpengalaman luas dalam bidang perakaunan, komersil dan pensyarikatan, telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Zahrah pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) SSM setelah pembentukan suruhanjaya itu pada 2002 hasil penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pendaftar Perniagaan.

“Berdasarkan pengetahuan mendalamnya berkaitan selok-belok pengurusan SSM, Zahrah dilihat akan membawa perubahan yang berbeza selain dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan SSM yang sedia ada,” kata kenyataan itu.