Pembatalan Kidex Akan Dirujuk kepada Peguam Negara

PETALING JAYA, 18 Feb – Kerajaan Persekutuan akan merujuk keputusan Kerajaan Selangor membatalkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara Expressway (Kidex) kepada Pejabat Peguam Negara.

image

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa input Peguam Negara diperlukan kerana perjanjian konsesi itu ditandatangani antara Putrajaya dan syarikat konsesi.

Beliau menambah, kementerian akan mengadakan satu mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengenai pembatalan projek tersebut.

Pada Isnin lalu, Azmin mengumumkan pembatalan Kidex berikutan kegagalan pemaju untuk memenuhi tiga syarat yang ditetapkan sehingga tarikh akhir pada 14 Februari.

Kidex merupakan lebuh raya bertingkat sejauh 14.9 kilometer yang bermatlamat untuk mengurangkan masa perjalanan sebanyak 25 peratus dari Damansara ke Kinrara.

Advertisements