Perdana Menteri Dan Menteri Besar Kelantan Adakan Pertemuan Di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.

image

Menurut Perdana Menteri dalam catatan di laman Facebook miliknya, beliau berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat di negeri itu telah menjadi topik perbincangan mereka dalam pertemuan berkenaan.

“Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara,” katanya.

Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan itu yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

Advertisements