Jamawi Jaafar Sifatkan Anwar Bagai ‘Menjilat Ludah Sendiri’ Dan ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar menyifatkan tindakan mengemukakan rayuan pengampunan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang hari ini disifatkan sebagai ‘menjilat ludah sendiri’ dan ‘cakap tidak serupa bikin’.

image

Permohonan tersebut telah dibuat oleh Wan Azizah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Anwar mengaku bersalah keatas hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah keatas beliau sebelum ini.

Ia juga bertentangan dengan pendirian awal Anwar yang menegaskan bahawa tidak akan sekali-sekali memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

Malah permohonan ini juga dilihat sebagai keputusan keluarga dan bukan keputusan dan kehendak parti tersebut.

“Jelas, dalam keadaan terdesak mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri termasuk membelakangkan pendirian terdahulu dan suara parti.”

“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada pengikut tegar Anwar dan PKR serta seluruh rakyat Malaysia agar membuka mata seluas-luasnya terhadap tipu helah Anwar selama ini yang bijak memutar belit isu untuk meraih simpati dan populariti.”

“Cukup-cukuplah diperbodohkan Anwar dan PKR  selama ini. Bukalah minda, terimalah kenyataan dan redhalah dengan hukuman yang dijatuhkan.”

Advertisements