Tiada Diskaun Untuk Lot Rumah Kos Rendan Bagi Bumiputera Amalan Biasa – Exco P.Pinang

GEORGE TOWN, 25 Feb – Kerajaan DAP Pulau Pinang Rabu menjelaskan ketiadaan pemberian diskaun sebanyak lima peratus bagi pembelian lot Bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik di negeri ini adalah amalan biasa kerajaan negeri.

image

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata ketiadaan pemberian diskaun itu diamalkan sejak dahulu lagi dan turut dipraktikkan di semua negeri.

“Memang ini adalah amalan biasa, tiada diskaun itu selama ini. Jadi surat-surat yang dirujuk oleh media kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah memang jelas dinyatakan tiada pemberian diskaun lima peratus itu,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.
image

Jagdeep berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan surat arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertarikh 23 Feb kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bertajuk ‘Tiada diskaun limaperatus bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik’.

Beliau berkata amalan itu (tiada pemberian diskaun lima peratus) juga merupakan dasar kerajaan persekutuan.

Pada Selasa, Pemuda UMNO Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung peruntukan diskaun lima peratus yang tidak diberi bagi lot rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik kepada pembeli bumiputera.

Pemuda UMNO negeri mendakwa berikutan ketiadaan pemberian diskaun itu, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah.

Advertisements