Rafizi Ditahan Bantu Siasatan Perhimpunan Kita Lawan

PETALING JAYA, 10 Mac – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ditahan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 7.00 malam Selasa selepas membuat laporan 1MDB.

image

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan dilakukan pada pukul 6.45 petang ini.

Zainuddin berkata, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman yang dipercayai berkaitan dengan himpunan tanpa kebenaran #kitalawan pada 7 Mac lalu.

Sebelum itu, Rafizi tiba di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 3.25 petang untuk membuat laporan mengenai kontroversi 1MDB dan dijangka akan membuat sidang media selepas itu.

Rafizi menjadi individu keempat yang ditahan berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut selepas Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Ketua Pemuda PKR, Nik NAzmi Ahmad dan dan ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan bahagian komunikasi PKR sebentar tadi memaklumkan Rafizi mungkin akan dibebaskan malam ini.