Kerusi Parlimen Permatang Pauh Selayaknya Untuk PAS Bukan PKR

PKR di Permatang Pauh sebenarnya tidaklah sehebat mana. PKR hanya menumpang kekuatan jentera dan sokongan ahli PAS yang kuat jatidiri dan fundamental Islam mereka. Mengapa saya mengatakan demikian?

image

1. DSAI menang dalam PRU13 dahulu dengan majoriti 11,721. Banyak bukan? Siapa pengundi DSAI? Kalau kita rujuk keputusan rasmi DUN pula yang juga mewakili pengundian parlimen, adalah seperti berikut:-

Majoriti PAS menang DUN Permatang Pasir –  6,826 (58.70%)

Majoriti PKR menang DUN Seberang Jaya – 2, 459 (21.10%)

Majoriti PKR menang DUN Penanti – 2, 339 (20.2%)

Penyumbang besar kepada kemenangan DSAI adalah orang PAS di kawasan tersebut.

2. PKR banyak keluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Tahukah PKR bahawa demografi pengundi di Permatang Pauh majoritinya ‘orang mengaji’.

Pondok terkenal seperti Ustaz Abu Bakar Kubang Semang dan pondok Ustaz Mutalib banyak mendidik warga Permatang Pauh. Kalau nak dikirakan masjid yang makmur di Permatang Pauh, sememangnya tak cukup jari.

Tambah jari kaki dengan jari tangan juga tidak mencukupi untuk menghitungnya. Kuliah merata di Permatang Pauh mendidik warga Permatang Pauh tentang fundamental Islam.

Menolak hudud, padah hukumnya!! Pengundi yang bijak akan bertindak bijak dalam PRK nanti terhadap PKR yang berani menentang hukum hudud yang diperjuangkan oleh orang-orang Islam PAS.

3. Kerusi parlimen Permatang Pauh secara tradisinya ditandingi oleh PAS melawan BN. Dan sejarahnya, PAS pernah menang pada tahun 1978 oleh Al Marhum Tuan Hj Zabidi.

Saya yakin sekiranya PAS bertanding dalam PRK kali ini, PAS akan mengulangi kejayaan tersebut bahkan akan melonjak naik lagi kerana reputasinya semakin meningkat dan menyerlah dimata pengundi Melayu selepas usaha sungguh-sungguhnya memperjuangan RUU Enakmen Hudud di Kelantan.

4. PKR telah mengalami ‘total damage’ pada waktu ini selepas insiden Kajang Move dan beberapa move lain yang tidak berapa berjaya. Sedangkan jatidiri PAS semakin meningkat lantaran prinsip teguh yang dipertahankannya sejak sekian lama.

5. Ramai pendokong PAS terutamanya Pemuda PAS telah hilang kepercayaan dengan AMK (Angkatan Muda Keadilan) yang pernah dengan celuparnya mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap Presiden PAS tanpa segan silu.

Dan sehingga kini AMK masih lagi belum menarik balik kenyataan mereka. Mana mungkin anak-anak kandung akan boleh bekerjasama dengan insan-insan yang pernah mengutuk bapa kandung kami dan tidak memohon maaf setelah ditegur? Mencalar maruah presiden kami bermakna mencalar maruah pemuda PAS!

CADANGAN

1. PKR mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap sokongan hudud dan mengarahkan MP2 PKR menyokong perlaksanaan RUU Jenayah Syariah Kelantan di Parlimen.. Buktikan sokongan di parlimen

2. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mengemukakan kenyataan maaf dan ‘press statement terbuka’ atas kegelojohan Timbalan Ketua AMK yang menghina Presiden PAS.

3. Ataupun, PKR mengembalikan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada PAS sepertimana tradisi sebelum ini. Calon yang paling layak adalah Pesuruhjaya PAS sendiri iaitu Tn Hj Mohamad bin Sabu yang juga sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau adalah insan matang yang berpengalaman yang sangat sesuai untuk menduduki kerusi tersebut. Sudah tentu jentera PAS akan memberikan sokongan seratus peratus kepada beliau!

Selamat ber PRK untuk PKR

–  Pemuda PAS Parlimen Permatang Pauh –

Advertisements