Saya Orang Paling Dibenci Di Malaysia – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 13 May – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akan terus mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) biarpun pelbagai kritikan dan gelaran dilemparkan kepadanya.

image

“Di laman media sosial, orang memanggil saya Ahmad Maslan ‘bodoh’ serta kenyataan menghina yang lain tetapi saya lakukan ini demi negara,” kata Ahmad selepas merasmikan seminar di Taman Teknologi Malaysia Biotech Sdn Bhd.

Ahmad berkata, disebabkan GST beliau menerima pelbagai kecaman dan kini menganggap dirinya sebagai “orang yang paling dibenci” di Malaysia.

Beliau berkata ramai cerita “simpati” dan video muncul di media sosial dengan menyalahkan Kerajaan kerana melaksanakan GST.

“Saya akan terus berjuang untuk mengurangkan harga barangan dan seperti apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kami akan terus memberi penjelasan,” katanya.

Advertisements