MB Kelantan Sokong RMK-11, Percaya Kelantan Mampu Dimajukan

KUALA LUMPUR, 21 May – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub menyifatkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini sebagai ‘sesuatu yang terbaik’.

image

Tidak seperti pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang lain yang dilihat mengkritik rancangan berkenaan, Ahmad yakin RMK-11 yang diterajui kerajaan pusat bakal memacu Kelantan ke arah yang lebih progresif.

“Kami menerima baik (RMK-11) sebab hal ini kami telah perjuangkan sekian lama. Sejak zaman pentadbiran Nik Aziz lagi, kami sentiasa minta kerajaan pusat beri tumpuan kepada kemudahan asas dan projek tebatan banjir.

“Sebabnya saya berpendapat, di mana kita ada senarai bersama di dalam perlembagaan, iaitu peranan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Saya melihat kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dapat memajukan negeri dalam prinsip federalisme. Kita dalam sistem demokrasi.

Maka saya mengambil sikap terbuka dalam kepentingan rakyat Kelantan,” ujarnya yang ditemui sebaik sahaja pembentangan RMK-11 dilakukan pagi tadi di Dewan Rakyat.

Sikap yang ditunjukkan Ahmad itu berbeza dengan reaksi yang diberikan rata-rata pemimpin Pakatan yang lain.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik sebagai mendakwa RMK-11 akan menerima nasib yang sama dengan dasar dan rancangan yang pernah diumumkan kerajaan sebelum ini apabila menghadapi masalah dari segi pelaksanaannya.

Dalam pada itu melalui RMK-11, Kelantan akan difokuskan terhadap projek tebatan banjir dan projek menaiktaraf lapangan terbangnya di Pengkalan Chepa.

Lebuh raya dan lapangan terbang serta empangan ini merupakan hal penting bagi mengelakkan banjir, memandangkan Kelantan sentiasa berdepan dengan banjir,” ujarnya lagi.

Bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’, RMK-11 memberikan penekanan kepada enam teras strategik iaitu memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan dan mempercepatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.

Bukan itu sahaja, rancangan lima tahun berkenaan turut bertujuan menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan, memperkukuh insfrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi dan merekayasan pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan.

Advertisements