Najib Razak Arah TLDM, APMM Bantu Mercy Hantar Bantuan Kepada Pelarian

PETALING JAYA, 20 May – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah diarahkan untuk membantu Mercy Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang masih berada di laut.

image

Dalam ‘posting’ akaun Facebook rasminya pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan pihak berkuasa untuk membantu mengedarkan bantuan dan juga memberi kecenderungan terhadap pelarian yang telah terkandas di laut selama lebih dari seminggu.

“Ia merupakan belas kasihan kemanusiaan yang asas untuk kita memastikan yang kelaparan akan diberikan makanan dan air manakala yang sakit akan dilayan dengan rawatan perubatan,” kata Najib.

Terdahulu pada Rabu, Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menawarkan tempat tinggal sementara kepada kira-kira 7,000 pendatang.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tawaran itu merupakan persefahaman bagi proses penempatan semula dan penghantaran pulang yang akan dilakukan dalam tempoh setahun.

Advertisements