Cubaan Jahat Pihak Tertentu Untuk Mendoktrinkan Isu 1MDB

Pelbagai dakwaan yang dibuat melalui media sosial oleh pembangkang dan juga beberapa pihak dengan memainkan isu 1MDB ini sudah sampai ketahap kritikal dan melampau.

image

Mereka cuba mendoktrinkan pemikiran rakyat kononnya 1MDB sebagai satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pihak Kerajaan.

1MDB bukanlah dana kekayaan negara tetapi ia lebih kepada sebuah syarikat pembangunan strategik.

Secara praktikalnya, ini bermakna 1MDB adalah sebuah syarikat yang dikendalikan dan dibiayai secara bebas dan telus, tetapi keputusan pelaburannya adalah didorong oleh kepentingan ekonomi negara.

Walaupun perbezaan di antara sebuah syarikat dana kekayaan negara dan syarikat pembangunan strategik tidak ketara, terdapat satu perbezaan penting di antara keduanya: sementara syarikat dana kekayaan negara adalah dibiayai secara langsung oleh Kerajaan dan melabur bagi pihaknya.

1MDB meraih dana dan melabur menggunakan modalnya sendiri. Hakikatnya, dari segi pembiayaan kerajaan, pihak syarikat hanya pernah menerima sebanyak RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya.

Memandangkan 1MDB tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan, ia adalah sama sekali tidak benar untuk mendakwa bahawa pihak syarikat telah melabur, atau lebih teruk, membazirkan, wang negara atau wang rakyat. Ini merupakan fitnah yang dasyat telah dibuat oleh pembangkang terhadap 1MDB.

Oleh kerana 1MDB membiayai operasinya sendiri, ianya tidak menghairankan sekiranya dari semasa ke semasa, pihak syarikat meraih dana di pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai sebahagian projek-projeknya.

Walau bagaimanapun, kesemua hutang ini disokong oleh aset-aset yang kukuh. Aset yang menyumbang kepada sumber pendapatan bagi 1MDB dan aset yang beroperasi di luar negara.

Tentang asset ini, kenapa pihak pembangkang tidak meyebutnya secara telus, dasarnya ialah untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan untuk memperlihatkan bahawa 1MDB ini adalah dikatakan menggunakan wang rakyat.

Terus terang dikatakan pembelian asse-asset strategic yang dibuat oleh 1MDB tidak pernah sama serkali dilaporkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat serta nilai nya. Tetapi yang hanya dilaporkan adalah hutang secara umumnya.

Pada masa ini, ianya termasuk 15 buah loji janakuasa dan penyahgaraman/penyulingan di lima buah negara yang merangkumi perniagaan tenaga kami, serta portfolio hartanah  yang meluas termasuk 70 ekar tanah di lokasi utama yang sedang dibangunkan sebagai TRX.

Tapak lapangan terbang Sungai Besi dilihat adalah sebuah daerah  kewangan pertama dan berpotensi hebat di Kuala Lumpur, 495 ekar tanah di atas tapak lapangan terbang lama di Sungai Besi yang diperuntukkan untuk Bandar Malaysia sebuah pembangunan penggunaan bercampur urban dan 234 ekar tanah di tengah-tengah Air Itam, Pulau Pinang.

Kesemua ini belum mengambil kira faedah yang dijangkakan daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk portfolio tenaga kumpulan, yang akan membantu mengurangkan kadar hutang kumpulan.

Perlaburan yang dibuat adalah semuanya berkisar jangka panjang yang mana akan menguntung kan dan memberikan faedah kepada negara.

Advertisements