Najib Razak Umum Kelulusan Bina Hospital Padang Besar

KANGAR, 30 May – Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kelulusan projek pembinaan Hospital Padang Besar, yang disifatkan sebagai projek yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu rakyat Perlis.

image

Tanpa mengumumkan jumlah peruntukan, Perdana Menteri berkata, projek Hospital Padang Besar adalah hadiah tambahan kepada rakyat Perlis selain dua projek utama yang diumumkan beliau melalui Bajet RMKe-11, baru-baru ini.

“Saya prihatin dengan keperluan dari segi projek utama yang nak dilaksanakan di Perlis.

Pada prinsipnya, pembangunan Lembah Chuping dan Hab Logistik Padang Besar sudah dapat kelulusan Kerajaan Persekutuan walaupun nilai peruntukan belum diputuskan.

“Hari ini, satu lagi saya nak umumkan untuk Perlis iaitu projek Hospital Padang Besar akan diluluskan.. dah lama orang Padang Besar dok tunggu, jadi hari ni saya umumkan kelulusannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Perlis di Dewan 2020, di sini.

Advertisements